4 Lokasi Wajib Dikunjungi buat Pencinta Sukan Larian

0
3420

Bosan berlari di kawasan sama setiap hari? Inginkan suasana baru? Apa kata keluar rumah, hidupkan enjin dan terus ke destinasi anda?

Tapi nak pergi ke mana?
Haa anda mesti tertanya-tanya wujud ke tempat menarik, terbaik dan PERCUMA untuk berlari di Lembah Klang?
Ehhh mestilah ada!
Nak tahu lagi? Teruskan membaca okay!

1.Taman Tasik Perdana (Perdana Lakeview East), Cyberjaya

Cyberjaya yang terkenal sebagai bandar IT menawarkan lokasi larian yang mesti dikunjungi pencinta sukan larian. Selain mempunyai pemandangan yang cantik, kawasan seluas mata memandang ini memberi cabarannya yang tersendiri dek kerana trek yang berterusan dan tidak putus. Nak tahu sebab apa?

Ahakk sebabnya trek ini menghubungkan kawasan Cyberjaya dan Putrajaya. Jadi, cabar diri anda untuk berlari di sini okay!

4 Lokasi Wajib Dikunjungi buat Pencinta Sukan Larian

Image via : VisionKL

2.Taman Tasik Cyberjaya

Trek sejauh 1 km ini boleh dikatakan antara trek yang mudah dan santai. Mempunyai tempat letak kereta yang banyak di samping memiliki kawasan untuk berehat dan berkelah menjadi antara tarikan untuk anda dan keluarga beriadah di sini.
Selain itu, pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan skuter yang disediakan (tertakluk pada kadar sewaan).

4 Lokasi Wajib Dikunjungi buat Pencinta Sukan Larian

Image via : Local Guides Connect

3.Taman KLCC

Siapa je yang tak tahu pasal Taman KLCC? Orang Kuala Lumpur tak tahu tempat ni kat mana?
Ehh malu laaa. Taman ini dekat dengan pusat membeli-belah Suria KLCC. Ia juga direka untuk memberi sentuhan alam dan kehijauan kepada menara kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas.

Di sebalik kesibukan kota metropolitan ini, Taman KLCC merupakan tempat menarik untuk anda berlari kerana ianya menawarkan laluan sepanjang 1.3km yang dikelilingi pokok-pokok dan tasik buatan Lake Symphony. Selain berlari dan menghirup udara segar dari tumbuhan yang ditanam, anda juga boleh mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan landskap yang cantik.
Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa singgah.

Image via : maisinggah

4.Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman ini antara tumpuan pencinta sukan larian. Terletak 20 km dari pusat bandar, taman ini mempunyai trek yang landai dan curam sesuai untuk mereka yang inginkan cabaran. Sambil berlari, pengunjung juga boleh berswafoto, merasai ketenangan alam di samping menghirup oksigen di taman ini.
Trek di sini juga sesuai untuk pelari yang ingin melakukan larian pendek mahu pun panjang.

Image via : Pacer

Jom lari! Ajak kaum keluarga dan kawan-kawan untuk aktif bersama.

For more information please scan me (QRCode).

For further inquiry please contact us: Max 012-2969969, Christine 012-3590048 or YG 016-2020911.

 

Author credit: Siti Nurhidayah