Anda Cuma Perlu 5 Sebab untuk Mula Berlari

0
447

Lari sebab nak kurus? Lari sebab TAK PERLU KELUAR DUIT? Lari dari masalah? Lari sebab bosan?
Semua orang boleh berlari dan semua orang ada sebab musabab kenapa mula berlari. Apa sebab awak, awak dan awak kena mula berlari? Ini 5 sebab kenapa anda mesti mulakan larian anda:

1.Menurunkan berat badan

Jalan mudah untuk mula menurunkan berat badan. Jika berbadan besar, tidak disarankan
untuk terus berlari bimbang muncul pula masalah kesihatan yang lain. Sebolehnya fahami
dahulu badan anda dan minta nasihat pakar sebelum mulakan aktiviti larian.

2. Berkenalan dengan orang baru

Berlari seorang diri tu membosankan? Apa kata berkenalan dengan orang baru yang
mempunyai minat yang sama dengan dengan anda. Anda boleh menyertai komuniti atau
kelab larian di media sosial mahupun di tempat tinggal anda, berkenalan, seterusnya mencari rakan larian. Selain menyihatkan badan, anda juga boleh meluaskan rangkaian pergaulan anda. Tak adalah sendu je kalau asyik lari seorangan kan?

Anda Cuma Perlu 5 Sebab untuk Mula Berlari

Image via : Indo Indians

3. Mengurangkan tekanan hidup

Anda tertekan? Tertekan dengan hidup dan kerja seharian? Cuba keluar rumah dan lari sejauh yang boleh. Pengaliran darah yang baik ke otak mampu mengubah mood menjadi lebih baik dan tenang. Berlari bukan saja bagus untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga kesihatan mental.

Image via : Insider

4. Sukan yang murah dan tak perlukan banyak alatan

Larian tidak memerlukan banyak alatan dan pengeluaran wang yang banyak. Anda boleh mula dengan apa yang ada. Dalam rumah pun boleh berlari tapi jangan sampai kacau orang di rumah bawah pula.

5. Menaikan nafsu seks

Berlari membantu merembeskan banyak hormone, menaikkan libido dan nafsu seksual. Selain mengurangkan masalah obesiti, larian juga dapat mengeratkan hubungan anda dan pasangan. Oleh itu, keluar bersiar bersama pasangan anda dan tambah keintiman dengan melakukan aktiviti yang sihat bersama.

For more information please scan me (QRCode).

For further inquiry please contact us: Max 012-2969969, Christine 012-3590048 or YG 016-2020911.

Author credit: Siti Nurhidayah